Monday, July 11, 2011

Halangan dan Rintangan Komunikasi

Empat halangan yang wujud dalam proses komunikasi beserta contoh yang bersesuaian  :  


i. Fizikal  
- Keadaan fizikal seperti kebisingan yang menyebabkan
komunikasi itu terganggu dan menyebabkan timbulnya 
perselisihan faham antara penghantar dan penerima.
- Contohnya bunyi bising kenderaan menyebabkan penerima tidak dapat mendengar apa yang disampaikan oleh penghantar melalui telefon.


ii. Semantik / Bahasa
- Halangan komunikasi berlaku kerana terdapat perkataan yang mempunyai banyak makna.
- Kesukaran dalam memilih perkataan yang betul semasa mengucapkan ataupun menulis sesuatu menyebabkan proses komunikasi kurang berkesan.


iii. Psikologikal
- Halangan psikologi ialah halangan yang disebabkan oleh cara berfikir yang berlainan, mempunyai tanggapan yang berbeza, emosi dan sebagainya.
- Contohnya seorang seorang yang sedih menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian untuk menerima maklumat yang disampaikan oleh penghantar.


iii. Sosiologikal
- Halangan yang disebabkan oleh faktor sosial seperti perbezaan umur, jantina, budaya, negara, bahasa, taraf pendidikan yang menyebabkan mungkin salah faham berlaku.
- Contohnya seorang pemuda India bercakap dengan seorang tua berbangsa Cina, mereka mempunyai halangan bahasa, umur, dan mungkin juga taraf hidup dan latar belakang kehidupan.