Thursday, June 2, 2011

CiNta giLa!!

Doa Ringkas..



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami..

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam..


Amin Ya Rabbal Alamin..

AbaH!!




Assalamualaikum...
Hurm..kowg smua tau tak hari ni hari apa??msti kowg akan pikir hari nie hari Jumaat, 3 Jun 2011..kn3??
hahaha sbenarnya hari ni  merupakan hari jadi seorang insan yang bergelar abah.. Seorang hero,ketua, dan segala-galanya bagi keluarga Ana. Hurm..tak sangka abah dah berumur 52 tahun hari ni. Hehe... pape pn..SeLaMat Hari LaHir abah, Mohd Khalid Bin Salleh. adik sayang abah sangat-sangat. Terima kasih atas nasihat-nasihat dan segala pengorbanan abah sepanjang membesarkan kami 7 beradik ni...=)

Ya Allah....
Kurniakanlah kesihatan untuk abahku ini, Kau sejahterakanlah hidupnya, dan Kau berikanlah kekuatan dan kesabaran untuk abah dalam menempuhi segala ujian yang diberikan olehMu. Ya Allah, aku juga bermohon agar Kau ampunkan segala salah silap abahku, panjangkan umur abahku dan permudahkan segala urusannya di dunia dan juga di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin...

P/S: Abah, maafkn adik ya kalau adik ada salah silap & t'kasar bahasa ngan abah. Adik sayang abah sangat-sangat.